KUANTAN: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu pengguna boleh menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan dari kedua-dua arah iaitu Kuantan/Gambang ke Muadzam melalui Laluan FT 03 (Kuantan-Endau melalui bandar Pekan) dan Laluan FT 63 (Leban Condong-Muadzam Shah).
"Semua pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan lebih awal dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amatlah dikesali," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan jambatan Bailey mendap serta berlaku kesesakan lalu lintas di laluan terbabit sewaktu musim perayaan Aidilfitri.
Media melaporkan peningkatan jumlah kenderaan berat terutama melebihi had muatan 20 tan dikenal pasti sebagai punca kerosakan jambatan berkenaan dan hasil pemantauan di tapak mendapati plat keluli yang menyambungkan ramp atau tanjakan ke jalan tuju telah rosak.
Jambatan yang bertujuan menghubungkan jalan terputus akibat banjir itu dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Jan lepas. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Jalan tersebut akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey. - Gambar fail/BERNAMA
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 ditutup bermula Isnin depan
Ia akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey.
Kenderaan lebih muatan punca kerosakan jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat - JKR
JKR memaklumkan hasil pemantauan di tapak mendapati plat keluli yang menyambungkan ramp ke jalan tuju telah rosak.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas
Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
KKR kemuka cadangan naik taraf Jalan Johor Bahru-Endau dalam Rolling Plan Kelima
Projek berkenaan yang melibatkan kerja-kerja naik taraf dan membaiki jajaran jalan di Seksyen 106 hingga Seksyen 118, dianggar melibatkan kos lebih RM100 juta.
Laluan C156 Seksyen 0.70 Jalan Boh Habu ditutup sementara
Penutupan dijadualkan hingga 2 Feb ini, namun tertakluk pada kerja pembaikan yang akan dilaksanakan.
Jambatan kekal akan dibina di lokasi mendap lebuh raya Kuantan-Segamat - Ahmad Maslan
Sebuah jambatan kekal di Kilometer 73, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey.
Politeknik Bagan Datuk beroperasi awal Januari 2024
Politeknik Bagan Datuk yang dibina dengan kos sebanyak RM175 juta bakal beroperasi awal Januari tahun depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Badioezaman Ab Khalik.
Kemajuan projek Kangar Sentral capai 90 peratus
Kemajuan projek pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis atau Kangar Sentral, kini mencapai 90 peratus dan dijangkakan siap dalam tempoh sebulan lebih lagi.